Kisah Zakaria sebagai Ayahnya Nabi Yahya
February 03, 2021
Edit
Dalam cerita ini begini ,Bahwa Nabi Zakaria, ayahnya Nabi Yahya ini telah tahu dan sadar juga mengetahui bahawa anggota-anggota
keluarganya, saudara-saudaranya, sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya
adalah orang-orang jahat Bani Israil yang tidak segan-segan melanggar
hukum-hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa keagamaan
mereka belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga dengan mudah mereka
tergoda
dan terjerumus ke dalam lembah kemungkaran dan kemaksiatan. Ia khuatir bila ajalnya tiba dan meninggalkan mereka tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan pimpinannya atas kaumnya, bahawa mereka akan makin rusak dan makin berani melakukan kejahatan dan kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalah-gunakan hukum-hukum agama.
Kekhuatiran itu
selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa ia sejak
kahwin hingga mencapai usia sembilan puluh tahun, Tuhan belum mengurniakannya
dengan seorang anak yang ia idam-idamkan untuk menjadi penggantinya memimpin
dan mengimami Bani Isra'il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan kekhuatirannya
semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi Maryam yang dapat dianggap sebagai
anak kandungnya sendiri.
Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginanya yang kuat
untuk memperolhi keturunan tergugah kembali ketika ia menyaksikan mukjizat
hidangan makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir didalam hatinya bahawa tiada
sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi rezeki
kepada Maryam dalam keadaan seorang diri tidak berdaya dan berusaha, Dia pula
berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut
dan rambutnya sudah penuh uban.
Pada suatu malam
yang sudah larut duduklah Zakaria di mihramnya menghiningkan cipta memusatkan
fikiran kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan
keyakinan yang bulat. Dengan suara yang lemah lembut berucaplah ia dalam
doanya: "Ya Tuhanku berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan
mewarisi sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang akan meneruskan pimpinan dan
tuntunanku kepada Bani Isra'il.
Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti
anggota-anggota keluargaku akan rusak kembali aqidah dan imannya bila aku
tinggalkan mati tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku
telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban sedang isteriku adalah
seorang perempuan yang mandul namun kekuasaan-Mu adalah diatas segala kekuasaan
dan aku tidak jemu-jemunya berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu mengurniai kau
seorang putera yang soleh yang engkau redhai."
Allah berfirman
memperkenankan permohonan Zakaria: "Hai Zakaria Kami memberi khabar
gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama Yahya yang soleh
yang membenarkan kitab-kitab Allah menjadi pemimpin yang diikuti bertahan diri
dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang nabi."
Berkata Zakaria:
"Ya Tuhanku bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan isteri adalah
seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut usianya."
Allah menjawab
dengan firman-Nya: "Demikian itu adalah suatu hal yang mudah bagi-Ku.
Tidakkah aku telah ciptakan engkau padahal engkau di waktu itu belum ada sama
sekali?"
Berkata Zakaria:
"Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda bahawa isteri aku telah
mengandung." Allah berfirman: "Tandanya bagimu bahawa engkau tidak
dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari berturut-turut kecuali
dengan isyarat. Dan sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah
diwaktu petang dan pagi hari."
Nabi Yahya bin Zakaria
a.s. tidak banyak dikisahkan oleh Al-Quran kecuali bahawa ia diberi ilmu dan
hikmah selagi ia masih kanak-kanak dan bahawa ia seorang putera yang berbakti
kepada kedua ora ng tuanya dan bukanlah orang yang sombong durhaka. Ia terkenal
cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda, sangat tekun beribadah
yang dilakukan siang dan malam sehingga berpengaruh kepada kesihatan badannya
dan menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan matanya cekung.
Ia dikenal oleh
kaumnya sebagai orang alim menguasai soal-soal keagamaan, hafal kitab Taurat,
sehingga ia menjadi tempat bertanya tentang hukum-hukum agama. Ia memiliki
keberanian dalam mengambil sesuatu keputusan, tidak takut dicerca orang dan
tidak pula menghiraukan ancaman pihak penguasa dalam usahanya menegakkan
kebenaran dan melawan kebathilan.
Ia selalu
menganjurkan orang-orang yang telah berdosa agar bertaubat dari dosanya. Dan
sebagai tanda taubatnya mereka dipermandikan { dibaptiskan } di sungai Jordan,
kebiasaan mana hingga kini berlaku di kalangan orang-orang Kristian dan kerana
Nabi Yahya adalah orang pertama yang mengadakan upacara itu, maka ia dijuluki
"Yahya Pembaptis".
Dikisahkan bahawa
Hirodus Penguasa Palestin pada waktu itu mencintai anak saudaranya sendiri
bernama Hirodia, seorang gadis yang cantik, ayu, bertubuh lampai dan ramping
dan berhasrat ingin mengahwininya. Sang gadis berserta ibunya dan seluruh
anggota keluarga menyentujui rencan perkahwinan itu, namun Nabi Yahya
menentangnya dan mengeluarkan fakwa bahawa perkahwinan itu tidak boleh
dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Musa yang mengharamkan seorang
mengahwini anak saudaranya sendiri.
Berita rencana
perkahwinan Hirodus dan Hirodia serta fatwa Nabi Yahya yang melarangnya tersiar
di seluruh pelosok kota dan menjadi pembicaraan orang di segala tempat di mana
orang berkumpul. Herodia si gadis cantik calon isteri itu merasa sedih
bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang telah mengeluarkan fatwa mengharamkan
perkahwinannya dengan bapa saudaranya sendiri, fatwa mana telah membawa reaksi
dan pendapat dikalangan masyarakat yang luas.
Ia khuatir bahawa bapa saudaranya
Herodus calon suami dapat terpengaruh oleh fatwa Nabi Yahya itu dan terpaksa
membatalkan perkahwinan yang sudah dinanti-nanti dan diidam-idamkan, bahkan bahkan
sudah menyiapkan segala sesuatu berupa pakaian mahupun peralatan yang perlu
untuk pesta perkahwinan yang telah disepakati itu.
Menghadapi fatwa
Nabi Yahya dan reaksi masyarakat itu, Herodia tidak tinggal diam. Ia berusaha
dengan bersenjatakan kecantikkan dan parasnya yang ayu itu mempengaruhi bapa
saudaranya calon suaminya agar rencana perkahwinan dilaksanakan menurut
rencana.
Dengan merias diri dan berpakaian yang merangsang, ia pergi
mengunjungi bapa saudaranya Herodus yang sedang dilanda mabuk asmara. Bertanya
Herodus kepada anak saudaranya calon isterinya yang nampak lebih cantik
daripada biasa : "Hai manisku, apakah yang dapat aku berbuat untukmu.
Katakanlah aku akan patuhi segala permintaanmu, kedatanganmu kemari pada saat
ini tentu didorong oleh sesuatu hajat yang mendesak yang ingin engkau sampaikan
kepadaku. Sampaikanlah kepadaku tanpa ragu-ragu, hai sayangku, aku sedia
melayani segala keperluan dan keinginanmu."
Herodia menjawab:
"Bila Tuan Raja berkenan, maka aku hanya mempunyai satu permintaan yang
mendorongku datang mengunjungi Tuanku pada saat ini. Permintaanku yang tunggal
itu ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau rencana kita dan
mencemarkan nama baik Tuan Raja dan namaku sekeluarga di segala tempat dan
penjuru. Supaya dia dipenggal kepalanya. Alangkah puasnya hatiku dan besarnya
terima kasihku, bila Tuanku berkenan meluluskan permintaanku ini".
Herodus yang sudah
tergila-gila dan tertawan hatinya oleh kecantikan dan keelokan Herodia tidak
berkulik menghadapi permintaan calon isterinya itu dan tidak dapat berbuat
selain tunduk kepada kehendaknya dengan mengabaikan suara hati nuraninya dan
panggilan akal sihatnya.
Demikianlah maka tiada berapa lama dibawalah kepala
Yahya bin Zakaria berlumuran darah dan diletakkannya di depan kesayangannya
Herodia yang tersenyum tanda gembira dan puas hati bahawa hasratnya membalas
dendam terhadap Yahya telah terpenuhi dan rintangan utama yang akan menghalangi
rencana perkahwinannta telah tersingkirkan, walaupun perbuatannya itu menurunkan
laknat Tuhan atas dirinya, diri rajanya dan Bani Isra'il seluruhnya.
Cerita tentang
Zakaria dan Yahya terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran, surah Maryam ayat 2
sehingga ayat 15, surah Ali Imran ayat 38 senhingga ayat 41 dan surah
Al-Anbiya' ayat 89 sehingga ayat 90