Kisah Nabi Idris As Lengkap
October 24, 2020
Edit
KISAH NABI IDRIS AS LENGKAP - Setelah anda membaca pada bab sebelumnya soal
cerita nabi nuh nabi adam dan lainnya, maka disini kita masih bercerita lagi
dan masih sekitar kisah nabi dan Rosul.
Memang banyak sekali para nabi dan Rosul itu sudah diceritakan di dalam alqur’an itu sendiri. Dan untuk tidak memperpanjang mukadimah maka baiklah teman dan sobat semua ijinkan saya bercerita tentang Kisah Nabi idris.

Kisah Nabi Idris. As
Sobat semua saya rasa
sudah banyak tahu tentang kisah nabi idris ini. Idris atau Nabi Idris a.s.
(Arab: إدريس ) adalah salah seorang rasul yang merupakan putra Adam yang
pertama kali diberikan hak kenabian oleh Allah setelah Adam sendiri dan Shiyth
a.s. (Set menurut Yahudi dan Nasrani). Dalam Alkitab, Idris dikenal dengan nama
Henokh.
KISAH NABI IDRIS AS LENGKAP
Nabi Idris adalah
keturunan keenam dari Nabi Adam, putra dari Yarid bin Mihla’iel bin Qinan bin
Anusy bin Shiyth bin Adam a.s. yang menjadi keturunan pertama yang diutus
menjadi nabi setelah Adam dan Shiyth. Menurut kitab tafsir, beliau hidup 1.000
tahun setelah Nabi Adam wafat.
Nabi Idris dianugerahi
kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk
menciptakan alat-alat untuk mempermudah pekerjaan manusia, seperti pengenalan
tulisan, matematika, astronomi, dan lain sebagainya.
Menurut suatu kisah, terdapat suatu masa di mana kebanyakan manusia akan melupakan Allah sehingga Allah menghukum manusia dengan bentuk kemarau yang berkepanjangan. Nabi Idris pun turun tangan dan memohon kepada Allah untuk mengakhiri hukuman tersebut. Allah mengabulkan permohonan itu dan berakhirlah musim kemarau tersebut dengan ditandai turunnya hujan.

Nabi Idris
diperkirakan bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk menegakkan agama
Allah, mengajarkan tauhid, dan beribadah menyembah Allah serta memberi beberapa
pendoman hidup bagi pengikutnya supaya selamat dari siksa dunia dan akhirat.
Menurut buku berjudul
The Prophet of God Enoch: Nabiyullah Idris, Idris adalah sebutan atau nama Arab
bagi Enoch, nenek moyang Nabi Nuh. Beliau dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai
manusia pilihan Allah sehingga Dia mengangkatnya ke langit.
Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan bahwa Nabi Idris wafat saat beliau sedang berada di langit keempat ditemani oleh seorang malaikat. Beliau hidup sampai usia 82 tahun
Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan bahwa Nabi Idris wafat saat beliau sedang berada di langit keempat ditemani oleh seorang malaikat. Beliau hidup sampai usia 82 tahun
1. Nabi Idris Kedatangan Tamu
Nama Nabi Idris as.
yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau
banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.
Setiap hari Nabi
Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk
menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah
selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya
dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup
beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut
sangat rindu berjumpa dengan beliau.
Kemudian Malaikat
Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris
as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk.
Nabi Idris as.
mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba,
maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau
menikmati makanan tersebut.
Kemudian baginda
beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya,
sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian
Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai tuan, marilah kita nikmati
makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat itu menolaknya.
Nabi Idris terus melanjutkan
ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit
matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu.
Kemudian beliau
berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat
keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi Allah
Idris.”
Maka berjalanlah
keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup
di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut
berkata kepada Nabi Idris as.: “Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya untuk
mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa
malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang halal, sedangkan sekarang tuan
mahu memakan yang haram?”
2. Malaekat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris atas permintaannya.
Kemudian Malaikat
Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka
bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat,
Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala
tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris
tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.
Kemudian beliau
bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya? Saya
adalah Malaikat Maut.”
“Tuankah yang
bertugas mencabut semua nyawa makhluk?” “Benar ya Idris.”
“Sedangkan tuan
bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa
makhluk?”
“Wahai Idris, selama
empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk
itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang
menyuap-nyuap makanan.”
“Wahai Malaikat,
apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
“Saya datang untuk
menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”
“Wahai Malaikat Maut,
kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku,
kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya
aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu.”
Malaikat Maut pun
menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan
hanya dengan keizinan Allah.”
Lalu Allah SWT
mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka
dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian
ketika itu.
Di waktu Malaikat
Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba
dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya
itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah
SWT kembali.
3. Malaekat Izrail membawa Nabi Idris ke Syurga dan ke Neraka
Kemudian Malaikat Maut
memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: “Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan
merasakan kesakitan maut itu? Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia
masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya.
Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan. Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu. Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT.”

Akhirnya Allah SWT
mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka.
Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat
melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti
rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang
mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan
lain-lain.
Setelah merasa puas
melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as.
berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang
lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga.
Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT. Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat Maut.

Lalu Allah SWT pun
memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam
Syurga.
Kemudian pergilah
mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di
pintu tersebut.
Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya. Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan lain-lain.

Kemudian Nabi Idris
berkata: “Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan
saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada
Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum
airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”
Maka Malaikat Maut
pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki
Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga,
beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar
kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada
Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam
Syurga.
Malaikat Maut pun
berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”
Maka masuklah Nabi
Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya: “Ya
Idris, keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman
bermaksud:
“Setiap yang berjiwa
akan merasakan mati.”
Oke teman dan sobat
semua, itulah cuplikan tentang Kisah nabi idris dan semoga dari kisah yang
disajikan dalam postingan ini akan membawa manfaat dan hikmah
Terima kasih dan
salam sukses selalu
Sumber:
Cerita ini diambil
dari berbagai sumber kisah cerita para nabi dan rosul