Kisah Nabi Syuaib AS Lengkap
June 13, 2021
Edit
KISAH NABI SYUAIB AS - Pada suatu waktu yang lalu,
sebuah negeri telah dijajah di utara Arab. Negeri ini dinamakan Madyan karena
anak kanda nabi Ibrahim yang bernama Madyan telah menetap di sana.
Ia merupakan tanah yang subur dan kaya dengan khazanah alam semula jadi. Para penduduk menjalankan kegiatan berniaga sebagai sumber pendapatan utama. Namun mereka kerap tidak jujur dalam urusan perniagaan.

Mereka mengurangkan timbangan dan berdusta dalam pengiraan. Mereka juga cenderung untuk menipu, tidak berakhlak, berzina dan bermacam-macam lagi jenayah. Kekayaan telah menyebabkan mereka menjadi keras hati dan suka melawan.
Mereka juga tidak mempercayai akan kekuasaan Tuhan, yang menyebabkan mereka sudah tidak mengindahkan lagi akan batas-batas kesusilaan dan nilai-nilai murni. Maka Allah telah menghantar Shu’ayb untuk memperbaiki dan mencurakkan semula penduduk di Madyan. Seperti di dalam al Quran (al-A’raaf:85),
“Dan kami telah mengutus
penduduk Madyan saudara mereka Shu'’ayb. Ia berkata: “Hai kaumku, sembahlah
Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selaman-Nya. Sesungguhnya telah
datang kepada mereka kepadamu bukti-bukti yang nyata dari Tuhan mu.
Maka sempurnakanlah takaran dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang takaran dan timbangannya, dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang yang beriman.”

Seruan Nabi Shu’ayb Dan
Tentangan Terhadap Baginda
KISAH NABI SYUAIB AS - Menurut kajian yang telah dijalankan
oleh Ibnu Khaldun, bunda nabi Shu’ayb merupakan seorang wanita yang warak.
Salasilah baginda bertemu dengan keturunan nabi Ibrahim. Baginda merupakan
seorang pemidato yang petah sehinggakan digelar “Khatibul Anbiya”.
Baginda sering sentiasa
menasihati penduduk Madyan supaya memperbaiki hidup mereka dan tidak berkelahi
sesama sendiri. Namun mereka langsung tidak mengindahkan seruan baginda malah
semakin lagi mencemuhnya.
Mereka mulai menyiksa dan mencemuh tetamu-tetamu yang ingin pergi ke rumah baginda. Baginda tetap meneruskan dakwah dan memberi amanah kepada kaum musyrikin itu.
Mereka mulai menyiksa dan mencemuh tetamu-tetamu yang ingin pergi ke rumah baginda. Baginda tetap meneruskan dakwah dan memberi amanah kepada kaum musyrikin itu.
“Dan duduklah kamu di setiap
jalan, membelakangkan perintah Tuhan dan mengancam pengikut-Nya, serta
ingatlah, apabila kamu sedikit dan Allah menggandakan pengikutmu, lihatlah akan
pembalasan kepada mereka yang menghalang jalan Allah.”
KISAH NABI SYUAIB AS - Terdapat beberapa ketua suku
penduduk Madyan telah mengancam untuk menghalau nabi Shu’ayb dan pengikutnya dari
Madyan. Al-Quran telah mengisahkan di dalam surah al-A’raaf:86,
“Pemuka-pemuka dari kaum Shu’ayb yang menyombongkan diri berkata: ”Sesungguhnya kami akan mengusir kamu hai Shu’ayb dan orang-orang yang beriman kepadamu dari kota kami, kecuali kamu kembali kepada agama kami”. Berkata Shu’ayb: “Dan apakah (kamu akan mengusir kami) walaupun kami tidak menyukainya?”.

Baginda tidak menghiraukan
ancaman tersebut malah memperhebatkan lagi dakwah baginda. Baginda mengingatkan
penduduk Madyan akan azab dari Tuhan yang telah turun kepada kaum terdahulu.
Seperti di dalam surah Huud: 89,
“Hai kaumku, janganlah hendaknya
pertentangan antara aku (dengan kamu) menyebabkan kamu menjadi jahat hingga
kamu ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh atau kaum Huud atau kaum Saleh,
sedang kaum Luth tidak (pula) jauh (tempatnya) dari kamu.”
Pembalasan Kepada Penduduk Madyan
KISAH NABI SYUAIB AS - Penduduk Madyan sering
mempersendakan seruan nabi Shu’ayb dan kebenaran agama Allah. Mereka menyiksa
baginda serta pengikutnya dengan melanggar batas-batas moral. Apabila mereka
tetap meneruskan akan kedegilan mereka, maka Allah telah menurunkan azab yang
dahsyat kepada mereka sebagai pembalasan di atas perbuatan mereka.
“Dan tatkala datang azab kami,
Kami selamatkan Shu’ayb dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya
dengan rahmat dari kami, dan orang-orang yang zalim dibinasakan oleh satu suara
yang mengguntur, lalu jadilah mereka mati bergelimpangan di rumahnya.
Seolah-olah mereka belum pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah kebinasaan bagi
kaum Madyan sebagaimana kaum Tsamud telah binasa.” (Huud:94-95)
Kewafatan Nabi Shu’ayb
Nabi Syu’ayb wafat tidak lama
selepas kemusnahan penduduk Madyan. Baginda telah dikebumikan di Shaban
berdekatan dengan lembah Ibn’ Ali. Kebanyakan pelawat datang dari jauh untuk
melawat makam baginda.